DATA RECOVERY





Selain menjalankan perkhidmatan baikpulih komputer, kami juga ada menyediakan perkhidmatan DATA RECOVERY.




TAHUKAH ANDA..?



Tahukah anda, bahawa data-data yang ada di dalam hard disc anda, masih boleh diselamatkan walaupon 'hard disk' anda masih tidak boleh digunakan..?





Rata-rata pemilik perniagaan, pelajar universiti, dan juga pekerja profesional mengalami kerugian yang besar serta kesulitan apabila data penting seperti thesis kajian, dokumen kerja, gambar/video milik pelanggan dan juga database pelanggan hilang akibat dari kerosakan hard disc.



Kami boleh membantu anda. Serahkan 'hard disk' anda kepada kami. dengan syarat, anda TIDAK SEKALI-KALI membuka 'hard disk' tersebut.



Ini kerana, udara yang kita sedut untuk bernafas pada ketika ini, mempunyai molikul-molikul habuk yang amat berbahaya kepada platter 'hard disc'. habuk yang ada di sekitar kita pada masa ini, boleh menyebabkan platter yang berfungsi sebagai medium penting, rosak sama sekali.Ini akan menyebabkan data anda hilang selama-lamanya. 





Justeru itu, untuk melakukan kerja-kerja baikpulih dan mendapatkan semula data-data anda yang hilang bersama-sama dengan 'hard disk' tersebut, anda memerlukan bilik kalis habuk. Kos untuk bilik ini sebanyak RM 250,000.00. Fungsi bilik ini adalah untuk memastikan ruang udara di dalam bilik ini bersih dari molikul yang boleh memberikan kesan negatif pada komponen 'hard disk' yang sangat sensitif.