Komponen Asas Yang Ada Di Dalam 'Hard Disk'

APAKAH ITU ‘HARD DISK’..?
‘Hard disk’  adalah merupakan satu alat atau komponen pada komputer yang berfungsi sebagai medium  penyimpanan data  dan juga sebagai  salah satu alat penyimpanan memori luaran bagi sebuah komputer. ‘Hard disk’  merupakan salah satu media penyimpan data pada komputer yang terdiri dari kumpulan cakera magnet yang keras dan berputar, serta komponen-komponen elektronik yang lain.






Komponen Dalaman ‘Hard Disk’
‘Hard disk’ sebenarnya merupakan suatu gabungan dari beberapa komponen atau bahagian dalam secara keseluruhan, dan kemudian berfungsi sebagai media penyimpanan data. Di sini, kami akan menunjukkan kepada anda rupa bentuk dan fungsi komponen-komponen di dalam ‘Hard disk’.





1.   Cover Mounting Holes
Bahagian  ini berfungsi sebagai tempat dimana skru diletakkan untuk menutup ruangan dalaman ‘hard disk’ dari dimasuki habuk serta kotoran yang ada di ruang udara. 






2.   Hard disk cover
 Komponen ini berfungsi sebagai penghalang utama bagi habuk, debu serta kekotoran udara daripada memasuki ruang dalaman ‘hard disc’. Benda asing boleh menyebabkan komponen dalaman ‘hard disc’ rosak sekaligus akan menyebabkan data yang ada di dalam ‘hard disc’ tersebut, hilang sama sekali. 




3.   Base Casting
Komponen ini adalah komponen yang paling besar pada keseluruhan ‘hard disk’. Komponen ini boleh dilihat daripada luar. Ianya berfungsi  untuk meletakkan atau menghubung  bahagian-bahagian ‘hard disk’ pada kedudukan yang sepatutnya.








4.   Actuator Arm
 Komponen ini cuma boleh dilihat jika anda membuka penutup hard disk sahaja. Ianya berada di dalam hard disc dan berfungsi  sebagai mekanikal yang menggerakkan bahagian utama untuk membaca atau menulis data pada piring magnetik (platter). Bahan yang biasanya dipakai adalah plak logam yang kuat tetapi sangat ringan sehingga mudah untuk digerakkan.





 5.   Actuator Axis
 Apabila komputer perlu meng’akses’ kepada data, ia akan menghantar isyarat kepada actuator untuk menggerakkan pembaca data dengan cara, meletakkan kepala pembaca (read/write head) pada posisi yang betul.








6.   Actuator
 Bahagian ini merupakan blok logam yang bersifat magnetik yang di dalamnya terdapat motor penggerak lengan mekanik mengikut isyarat yang diberikan oleh komputer.









7.   Spindle
Komponen  dalaman  hard disk yang berfungsi sebagai mesin pemutar ataupon enjin  piring apabila  'hard disk' berfungsi. 







8.   Slider (and Head)
Komponen yang ada pada hard disk. Ianya  berfungsi untuk membaca dan menulis data pada piring magnetic (Platter).
 








9. Platters
Komponen  dalaman  hard disk ini kelihatan seperti  piring yang biasanya diperbuat  daripada bahan logam atau sejenis dan bersifat magnetic. Semua data yang dimasukkan ke dalam hard disc, akan disimpan pada komponen ini. Ianya sangat sensitive kepada habuk, kotoran dan juga debu yang tidak kelihatan pada mata kasar, tapi ada di sekitar kita sekarang.









10. Circuit Board 
 Bahagian ini terletak di luar ‘hard disk’. Ianya adalah papan litar yang berfungsi sebagai pengalir tenaga dan pemberi isyarat kepada komponen-komponen yg ada di dalam hard disc, untuk berfungsi mengikut kehendak sistem komputer.

Share:

0 comments