Apakah Yang Harus Dilakukan Sekiranya 'Hard Disk' Anda Rosak.?

'Hard disk' adalah satu alat yang sering digunakan untuk menyimpan data. Namun, sekiranya 'Hard disk' tersebut rosak sekaligus hilang bersama-sama dengan kandungan data seperti gambar kenang-kenangan, dokumen kerja,fail-fail peribadi,video serta maklumat penting yang lain, semestinya anda akan merasa sangat tertekan kerana sesetengah data, tidak boleh diganti dengan wang ringgit. 


Namun, ianya tidak bermaksud data-data anda telah lenyap buat selama-lamanya. Terdapat beberapa kaedah yang masih boleh digunakan untuk menyelamatkan data anda daripada terus hilang.

Kami berpengalaman lebih dari lima tahun di dalam bidang ini dan hampir 80% kes kerosakan 'hard disk'  yang dirujuk kepada kami, berjaya kami selesaikan. Kini anda tidak lagi perlu risau sekiranya 'hard disk'  anda rosak kerana kami mampu mendapatkan semula data-data yang ada di dalam 'hard disk'  tersebut.







Namun, kemampuan kami agak terbatas. 20% kes yang kami terima, kami tidak berjaya selesaikan. Ianya kerana pelanggan yang menghadapi kerosakan  'hard disk'   tersebut, berasa panik, kemudian mereka cuba untuk menyelesaikan masalah itu sendiri.

Ada diantara mereka, cuba untuk membaiki  'hard disk'   tersebut. Mereka telah membuka  'hard disk'   itu dengan harapan, mereka berjaya menyelamatkan data-data yang ada di dalamnya. Malangnya, sekiranya mereka melakukan perkara tersebut, data-data yang ada di dalamnya tidak akan berjada diselamatkan sama sekali. Mereka cuma akan menjadikan masalah kerosakan  'hard disk'   tersebut, semakin kritikal.

Untuk kerja-kerja baikpulih  'hard disk' , anda memerlukan bilik yang 20 kali ganda lebih bersih daripada bilik yang ada duduki sekarang. Udara yang terdapat di persekitaran kita pada waktu ini, adalah udara yang kotor.Namun, kekotoran yang ada, tidak boleh dilihat pada mata kasar. 

Debu, habuk dan benda asing yang berlegar-legar di ruang udara, di sekeliling kita pada waktu ini, amat merbahaya kepada komponen yang ada di dalam  'hard disk' .

Platter (komponen yang berfungsi sebagai medium penyimpanan data), amat sensitif terhadap habuk dan debu, serta benda asing. Membuka penutup yang ada pada  'hard disk', akan menjadikan  'hard disk'  menjadi lebih rosak dan data yang ada di dalamnya, akan hilang buat selama-lamanya..





Untuk kerja-kerja mendapatkan semula data yang hilang daripada  'hard disk'  yang rosak, kita memerlukan persekitaran yang bebas dari habuk,debu dan juga benda asing yang berlegar-legar di udara.


Antara peralatan penting yang perlu ada ialah, satu bilik khas yang dipanggil ''CLEAN ROOM'.  Bilik ini adalah bilik khas yang menapis habuk, debu serta kotoran lain yang ada diruang udara. Peralatan ini sering digunakan di makmal-makmal perubatan. Membuka  'hard disk'  anda tanpa Clean Room cuma akan lebih merosakkan  'hard disk'  tersebut sahaja. 

Share:

0 comments