SERVIS LAPTOP ( INSPEKTOR SALEH DARI IBU PEJEBAT POLIS BUKIT AMAN )


terima kasih inspektor sahab (nama sebenar inspektor saleh) dari IPD BUKIT AMAN sbb support saya. hehehee. jauh berjalan weyhh..

situasi 2 tahun lepas..

situasi 1: ade untung ke ko meniaga ni nas..? setakat sekali format dapat rm50, macam mana nk tampung kos. sewa kedai lagi, gaji ko lagiiii

situasi 2: aku rasa, better ko stop mniaga nas. dah 2 taun ko bt bsness ni, aku tgk ko still mcm tuu je. xde perubahan pon

situasi 3: aku rasa, kalau ko berenti mniaga bnda yg ko niaga skrang, dan ko tlong aku jual produk aku, aku rasa bulanan 15k dalam tangan nas. jgan risau, aku akan guide ko smpai berjaya capai sales

situasi 4: ko tgk cina meniaga nas, kalau 3 tahun dia rasa tak boleh go, dia akan pindah ke tempat lain. tak pon dia akan cuba utk bt bsness lain.. berenti la nas. kesian aku tgk ko..

situasi dia atas adalah dialog yg aku pernah terima satu ketika dlu. aku jenis yg agak degil dan ssh nk dgr apa yg orang cakp.. selama ni, aku cuma ikut apa yg hati aku kata. alhamdulilah, setakat ni, kata2 tu tak pernah salahh.. nasib baik la aku xdgr cakp dorang...

kalau nk bsness berkembang, kene ade team.. itu kesilapan aku 3 tahun yg lepas.. aku bt bnda ni sorang2 je dlu.. kdang2 orang tak tahu apa yg kita tau. jgan ambik hati... jadikan ianya pembakar semangat utk kita supaya lebh berjaya.. xde sapa yg mampu ubah hidup kita melainkan kita sendri. walaupon malaikat dari langit ke tujuh turun ke bumi utk ubah kamu, tapi kamu sendiri xnak ubah diri kamu, mmg xkan jadi apa punye..




Share:

0 comments